Untuk pengetahuan semua, google tag manager boleh mengandungi pelbagai tracking tools contohnya seperti facebook pixel, google analytic, google search console dan lain-lain.
Terdapat beberapa langkah untuk integrate google tag manager ke dalam Shoppegram iaitu: -
- Daftar Google Tag Manager
- Copy GTM ID
- Paste ID ke dalam Shoppegram
Daftar GTM
Pergi ke link berikut https://tagmanager.google.com/ dan daftar menggunakan gmail anda adalah langkah paling mudah.
Sekiranya anda menggunakan Google Chrome dan sedang log in ke dalam email anda, ianya akan automatik mendaftar dan dibawa ke halaman dashboard GTM seperti gambar di bawah.
klik butang Create Account
Masukkan maklumat yang diminta pada ruangan yang telah disediakan.
Biarkan kotak Share data anonymously with Google and others menjadi kosong.
Pada bahagian target platform klik pada Web.
Klik butang Create dan accept policy selepas klik butang create.
Seterusnya paparan seperti di bawah akan keluar
Copy GTM ID
Pada ruangan kotak pertama anda akan lihat ID anda seperti yang telah di highlight di bawah yang bermula dengan GTM-xxxxx
Copy ID tersebut termasuk perkataan GTM.
Paste di Shoppegram
Log masuk ke dashboard pergi ke Online Store -> Preferences https://my.shoppegram.com/preferences
Pastekan GTM ID yang telah di copy tadi di dalam ruangan Google Tag Manager
Klik butang Save dan kini website anda telah pun di link kan dengan GTM.