Klik di link berikut untuk mendaftar Bizappay secara percuma https://www.bizappay.com/
Pendaftaran Bizappay tidak memerlukan SSM dan akaun semasa. Anda boleh menggunakan akaun peribadi dan terus membuat jualan serta merta.
Mencipta Bizappay Category Code
Daftar dan log masuk ke akaun Bizappay anda dahulu.
Klik pada butang Category yang bewarna hijau.
Seterusnya klik butang New Category
Akan terbit satu Pop up untuk isikan maklumat
Isikan nama kategori produk anda pada ruangan Category Name.
Ruangan ini adalah bebas, anda boleh juga letakkan nama brand anda sendiri.
Pada ruangan Category Description masukkan sahaja sedikit maklumat mengenai produk yang anda jual.
Seterusnya klik butang Create.
Seterusnya pada bahagian Category Code anda akan lihat satu gabungan nombor dan huruf secara rawak.
Copy Category Code yang baru dicipta tersebut.
Log masuk ke Shoppegram Settings -> Payment Options -> Bizappay
Pastekan kod yang telah anda copy tadi pada ruangan Category Code
Mendapatkan Bizappay API key
Di dalam dashboar Bizappay anda klik pada butang Settings
Sekali lagi pada bahagian API Key anda akan lihat nombor dan huruf rawak dibawahnya.
Copy API key tersebut
Log masuk semula ke Dashboard Shoppegram Settings -> Payment Options -> Bizappay
Pastekan API Key yang telah di Copy tadi pada ruangan API key
*Pastikan pada kotak Test mode dibiarkan kosong jangan tandakan pada kotak ini.
*Pastikan pada kotak Enable Bizappay ditandakan
Seterusnya klik butang Save
Kini proses setup Bizappay anda telah pun selesai.