Perbincangan untuk Metafields adalah panjang, untuk tutorial ini adalah lebih kepada built in Metafield yang telah ditanamkan pada theme Solaris dan juga theme Hartamas.
Lihat contoh untuk built in Metafield untuk custom label
Lihat lebel "Fast Selling" berwarna oren tersebut merepakan built in custom label yang boleh digunakan pada kedai online masing-masing.
Log masuk ke dashboard Shoppegram dan klik pada Metafield
Klik pada Products
Pilih nama produk yang anda ingin paparkan custom label dan klik pada nama produk tersebut.
Seterusnya klik butang Add Metafield
Isikan maklumat pada ruangan Key dan Namespace sama seperti gambar di bawah, iaitu custom pada kotak Key dan label pada kotak Namespace
Value type biarkan String
Ruangan value ini letakkan perkataan yang hendak anda paparkan pada label di produk anda. Sebagai contoh Baru Sampai
Seterusnya klik butang Save
Kembali pada store front anda dan lihat hasilnya pada homepage, sebuah label Baru Sampai akan terpapar pada produk yang anda telah tetapkan.
Custom label ini boleh digunakan untuk semua produk.
Selamat mencuba!