Shoppegram docs

Search for any help questions or topics.

Setting Built-in SEO Snippet

Tutorial untuk setting SEO snippet bagi kegunaan SEO ranking di enjin carian
Avatar
Farhan Mohamed
Updated 6 months ago
Untuk SEO sebenarnya pengguna biasa tidak perlu ambil berat yang mendalam kerana semuanya telah automatik di sediakan oleh Shoppegram. 

Namun begitu Shoppegram juga telah menyediakan built in fetures bagi memudahkan pengguna yang berpengetahuan lebih untuk menkonfigurasi sendiri bagaimana snippet ini akan dipaparkan pada halaman di enjin carian. 

Serba ringkas mengenai SEO ianya disebut sebagai Search Engine Optimization yang bermaksud Pengoptimuman Enjin Carian. Dimana penetapan terhadap SEO ini akan menentukan kedudukan website anda ketika carian dibuat pada enjin pencarian seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.

Salah satu cara enjin carian meletakkan kedudukan website adalah melalui Keyword. Sebagai contoh sesorang yang masuk ke Google akan taip perkataan Infrared Thermometer.

Jadi enjin carian akan cari website-website yang mempunyai perkataan infrared thermometer, jika sesuatu website tidak mempunyai perkataan ini bermakna ianya tidak akan dipaparkan pada carian.

Oleh itu pentingnya kita memasukkan segala keyword yang berkaitan pada SEO snippet oleh Shoppegram ini.

Di Shoppegram SEO snippet boleh didapati di dalam setiap produk.
Klik pada Products -> Nama Product -> SEO



Secara default, pada ruangan ini akan di-generate secara automatik berdasarkan apa yang kita isi pada title produk dan description. 

Perhatikan contoh di bawah ini, di mana tulisan yang berwarna biru itu adalah Title dan dibawahnya tulisan berwarna hitam adalah description snippet. 



Jadi untuk tingkatkan lagi peluang website kita di kedudukan yang teratas adalah pada bahagian Description di SEO Shoppegram ini anda perlu masukkan juga keyword infrared thermometer.  



Setelah selesai, klik butang Save.

Kini SEO Snippet anda mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berada di kedudukan teratas di Enjin Carian
😞 😐 😃