Gambar di atas menunjukkan produk catalog yang automatik dijana oleh Facebook untuk Ecommerce secara dinamik untuk tatapan pengguna.
Di Shoppegram sudah lama tersedia kelebihan ini bagi digunakan oleh semua pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap dan profesional terhadap branding perniagaan anda.
Setup Product Catalog di Catalog Manager
Log masuk ke akaun Facebook Business Manager anda dan klik Business Settings di penjuru atas kiri dan klik pada Catalog Manager
Seterusnya klik pada butang Create Catalog
Klik pada pilihan Ecommerce dan klik butang Next
Selepas itu klik pada kotak Upload Product Info dan klik butang Create
klik butang View Catalog
Selepas itu anda akan dibawa ke page catalog anda untuk digunakan bagi menambah produk di dalam catalog yang baru dicipta sebentar tadi.
Klik pada tab Product Data Sources
Seterusnya klik pada Add Products
Klik pada Use Bulk Upload dan klik butang Next
Klik pada pilihan Schedule Feed dan tekan butang Next
Pada ruangan Enter URL masukkan nama domain anda dan diikuti dengan /products.rss rujuk gambar dibawah.
Contoh untuk siapa yang tiada domain name : https://kedaisaya.myshoppegram.com/products.rss
Tinggalkan ruangan Username dan Password tanpa perlu isi sebarang maklumat
Seterusnya klik butang Next
Untuk bahagian Schedule Updates ini pula anda boleh piliih hourly, Daily dan Weekly bagi membenarkan Facebook mendapatkan data produk baru secara automatik terhadap produk anda.
Tips: pilih hourly jika website anda mempunyai pertambahan dan pertukaran produk yang kerap untuk sepanjang tahun. Kebiasaanya pilihan hourly ini lebih sesuai untuk marketplace seperti Lazada.
Jika tidak, memadai hanya dengan memilih Daily sahaja.
Seterusnya klik butang Next
Setelah itu, isikan apa-apa maklumat tentang nama perniagaan anda dan pilih currency MYR.
klik butang Upload
Proses Upload mungkin memakan masa beberapa ketika bergantung kepada bilangan produk anda.
Semakin banyak produk, semakin lama masa diambil untuk mengupload produk.
Pastikan bada ruangan result timbul tanda bewarna Hijau dan semak pilangan produk anda dengan bilangan result yang telah berjaya diupload.
Sekiranya tidak sama, anda boleh membuat perubahan pada produk anda berdasarkan mesej dan masalah yang dinyatakan.
Sekarang catalog anda sudah berjaya disiapkan.
Klik pada tab dan lihat product anda kini telah berjaya dimasukkan ke dalam catalog Facebook.
Kini anda boleh gunakan product catalog ini untuk membuat iklan di Facebook Ads Manager.
Selamat mencuba!