Go to Shoppegram Docs

Shoppegram docs

Search for any help questions or topics.

Setup Domain Guna Cloudflare

Tutorial setup domain name menggunakan cloudflare dan domian provider anda.
Avatar
Farhan Mohamed
Updated 4 years ago
Untuk tutorial ni adalah bagi mereka yang menghadapi masalah terhadap penggunaan DNS oleh domain provider. 

Setiap domain yang dibeli terdapat satu bahagian yang dinamakan Nameserver untuk kita beri akses kepada platform seperti Cloudflare bagi menguruskan DNS kita. 

Bahagian 1 Pendaftaran Cloudlflare 

Pergi ke link berikut https://dash.cloudflare.com/sign-up 

Masukkan email dan password untuk pendaftaran dan klik Create Account


Masukkan nama domain anda yang telah dibeli dari domain provider contohnya dearahijab.com tidak perlu www atau http semua tu. 

Klik Add Site




Seterusnya klik pada Free Plan dan klik Confirm Plan




Bahagian 2 DNS Setup

Tunggu sehingga paparan seperti gambar di bawah keluar. 



Sekiranya terdapat sebarang DNS record, anda boleh delete semua record tersebut. Sekiranya tiada, boleh teruskan seperti gambar dibawah. 

Pada kotak Name tersebut masukkan @ dan  kotak IPv4 masukkan 172.104.38.145

Seterusnya klik butang Add Record


Setelah berjaya letak A record kini kita perlu tambah untuk CNAME pula. 

klik pada kotak yang bertanda A dan akan keluar pilihan seperti gambar di bawah. 

Klik pada CNAME



Pada kotak Name isikan www dan pada kotak Domain name isikan domains-ssl.shoppegram.com

*Pastikan maklumat yang diisi sama seperti gambar di bawah .

Seterusnya klik Add Record.


Seterusnya pada column Proxy Status ada ikon awan oren. Klik pada ikon tersebut dan tukar kepada warna kelabu dan klik save. Lakukan untuk A record dan juga CNAME

Kemudian klik Continue



Selepas klik continue, paparan seperti dibawah akan keluar 

Klik Continue with default



Maka akan keluar nameserver dari Cloudflare yang anda boleh gunakan di domain name provider anda.  



Log masuk ke akaun domain name provider anda dan delete nameserver di domain provider anda. Gantikan dengan Clouflare punya nameserver yang telah diberikan seperti gambar di bawah 



Setelah anda gantikan nameservers tersebut klik butang Done, check nameservers. 

*Sekiranya anda tidak tahu cara untuk menukar nameserver di domain provider, boleh hubungi mereka dan mintak untuk mereka buatkan untuk anda dengan memberi maklumat yang telah diperolehi seperti gambar di atas ini. 

😞 😐 😃