Go to Shoppegram Docs

Shoppegram docs

Search for any help questions or topics.

Facebook Pixel Setup

Tutorial untuk konfigurasi Facebook Pixel bagi digunakan di Shoppegram
Avatar
Farhan Mohamed
Updated 4 years ago
Shoppegram telah memudahkan urusan untuk pengguna setup Facebook pixel dengan
hanya perlu copy ID dan paste ke dalam Preferences Shoppegram sahaja. Sangat mudah!

Tidak perlu untuk copy coding dan paste pada bahagian programming semua.

Apa itu Facebook Pixel

Facebook Pixel adalah sebuah mekanisma tracking atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Mekanisma penjejak untuk menjejaki siapakah pelawat yang masuk ke website anda.


Satu cara yang paling terbaik untuk setup facebook pixel adalah dengan menggunakan Facebook Business. Jadi anda perlu daftar Facebook Business manager untuk setup Pixel. Klik link ini untuk ke FB Business Manager https://business.facebook.com/ 


Klik pada Cipta Akaun (Create Account) untuk mendaftar


Untuk ini anda perlu log in masuk ke akaun Facebook peribadi anda dengan memasukkan maklumat yang diperlukan beserta dengan Kata Laluan anda.


Isikan maklumat yang diminta beserta email untuk pendaftaran dan terus klik butang NEXT


Isikan maklumat mengenai alamat perniagaan anda dan pada ruangan website tersebut anda boleh isikan nama website shoppegram anda contoh seperti yang tertera pada gambar di atas dan seterusnya klik butang Submit.

Nama website adalah bebas. Anda juga boleh menggunakan nama website custom domain anda yang telah di setting terhadap Shoppegram contoh seperti blend.com.my

😞 😐 😃